THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Kehidupan UmPama Roda Yang bergolek

Tuesday, May 31, 2011

jangan mudah mengalah...

Saya adalah seorang mahasiswa. Pernah hidup bahagia selama beberapa tahun bersama keluarga. Setelah ayah meninggal dunia, dan setelah ibu habis iddah-nya dia menikah lagi dengan lelaki lain. Selama dua tahun saya hidup bersama ibu dan suaminya. Kemudiannya saya diusir dari rumahnya. Maka saya keluar dari rumah itu dengan tidak lagi berayah dan beribu yang meyanyangi saya. Saya sudah tidak mengetahui keluarga saya lagi. Maka bolehkah saya bunuh diri? Haruskah saya bersabar? Atau apa yang seharusnya saya lakukan?

Jawapan Dr.Yusuf Al Qaradawi :

Wahai anakku, tidak ada lagi sikap lain yang harus engkau lakukan kecuali bersabar sebagaimana Allah memerintahkan kepada kita untuk memohon pertolongan-nya dengan sabar dan melaksanakan solat pada saat menghadapi kesulitan. Firman Allah Taala bermaksud,"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar". (Al Baqarah:153)

Maka sabar itu adalah kunci kegembiraan, insya Allah.

Oleh kerana itu, seorang Muslim harus menghadapi kehidupan ini dengan hati yang tabah, jiwa yang kuat dan kemahuan penuh tekad. Dan hendaknya sikap itu lebih kuat daripada peristiwa-peristiwa kehidupan itu sendiri, dengan bertawakal kepada Allah, berpegang teguh dengan tali-Nya dan percaya kepada-Nya bahawa kehidupan esok adalah milk-Nya bahawa setelah malam berlalu pasti terbit fajar, begitulah juga di samping kesulitan pasti ada kemudahan selepasnya. Adalah mustahil bahawa suatu kondisi akan sentiasa tetap an tidak berubah. Kita banyak mengetahui dari sejarah bahawa banyak orang yang pada awal kehidupannya mengalami pahit maung penderitaan dan kesusahan. Begitulah juga yang Allah kurniakan kehidupan sebilangan besarnya para Nabi yang hidup menderita sejak kecil, sehingga kita tidak pernah melihat seorang Nabi yang dilahirkan penuh dengan kenikmatan dan kemewahan, disuapi mulutnya dengan sudu bertatahkan emas.

Majoriti para Nabi dilahirkan dalam pangkuan kepayahan. Nabi Musa alaihissalam setelah dilahirkan terus dihanyutkan ke sungai atas perintah Allah Taala sebagaimana firman-Nya bermaksud,"Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa; Susukanlah dia, dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun) maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang, jangan pula berdukacita..." (Al Qasas:7)

Nabi Yusuf pula yang dapat kita semak kisahnya dalam Al Quran, kita akan ketahui bagaimana beliau menelan penderitaan sejak kecil. Saudara kandungnya merasa dengki kepadanya, lalu mereka merancang untuk membunuh dan melenyapkan Yusuf. Mereka menolak Yusuf ke sebuah perigi buta, Baginda kemudiannya diambil oleh saudagar yang diniagakan sebagai hamba ibarat jual-beli haiwan ternakan. Yusuf kemudiannya diperlakukan seperti seorang pelayan di sebuah teratak mewah, lalu dituduh melakukan perbuatan keji sebagaimana penjenayah dan dimasukkan ke dalam penjara selama beberapa tahun seperti tahanan yang dilakukan terhadap banduan-banduan yang lain.

Tetapi kemudian apa yang berlaku? Setelah mengalami ujian dan penderitaan, Allah memberikan kedudukannya yang kukuh di muka bumi, Baginda menjawat jawatan bendahara di Mesir, titahnya dilaksanakan, ditangannya terletak segala urusan perbendaharaan dan ekonomi ditentukan ketika musin kemarau yang panjang melanda di wilayah Timur Tengah.

Semua ini berkaita rapat dengan firman Allah Taala yang bermaksud,"...Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan" (Yusuf:90)

Taqwa dan sabar merupakan kunci pertolongan dan jalan kejayaan di dunia dan akhirat. Sedangkan bunuh diri bukanlah wawasan dan gagasan yang ada pada diri seorang Muslim.

Sangatlah disesalkan, banyak drama yang dibintangi oleh selebriti yang didewakan khalayak hari ini yang kebanyakan aktor-nya mengakhiri hidup dengan bunuh diri. Seakan-akan sudah tidak ada lagi jalan bagi manusia untuk melepaskan diri dari lilitan penderitaan dan beban kehidupan dunia ini.

Hal ini tidak boleh dilakukan sama sekali kerana roh manusia itu bukan miliknya, tetapi milik Allah Taala. Kerana itu ia tidak boleh mengabaikan nasihat dan amanat ini dan tidak boleh memisahkan kesempitan hidup dengan cara membunuh diri.

Bunuh diri merupakan dosa yang sangat besar, yang hampir mendekati dosa kekafiran - semoga Allah melindungi kita dari perbuatan ini - kerana perbuatan membunuh diri merupakan sikap putus asa terhadap rahmat Allah. Firman-Nya yang bermaksud,"...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Yusuf:87)

Saya memesan kepada saudara agar bersabar dan tabah hati serta berkemahuan kuat dengan iman yang kukuh agar dapat melewati segala rintangan dan hambatan, dan jangan menghiraukan segala kesulitan dan penderitaan dalam kehidupan.

Mudah-mudahan Allah akan sentiasa menerbitkan fajar kerana fajar tidak akan menyingsing sebelum melewati malam yang gelap gelita. Ia pasti datang insya Allah dan tidak diragukan lagi. Hendaklah saudara menyongsong pahit manis kehidupan dengan kesabaran. Semoga Allah memberikan pertolongan dan membimbing langkah saudara. Dan moga-moga ada di tengah-tengah masyarakat ini orang yang mahu memperhatikan dan memelihara saudara, kerana di antara amalan yang paling mulia ialah menyayangi anak yatim dan berbuat baik kepadanya. Dan sebaik-baik rumah adalah yang ada di dalamnya anak yatim dan mereka dipelihara dengan penuh kasih-sayang.

Tuesday, May 24, 2011

Fatwa Sesat Fotografi Wakakkaka

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Di sini saya nak kongsi beberapa fatwa sesat yg telah saya dengar drpd pelbagai golongan photographer.

  1. Jangan guna kitlens utk shoot macro, nanti lens boleh rosak. Kita mesti guna lens macro utk shoot macro
    • Hebat! Lens tu sgt intelligent sampai dia boleh tau kita tgh shoot apa. Gila kentang!
  2. Bila gambar gelap je, naikkan ISO - sifu Bulb
    • Usik la shutter speed & aperture dulu bang. Unless kalau mmg nak efek grain/noise, boleh lah.
  3. Gambar bunga pd dial kamera adalah utk digunakan bila kita masuk hutan - sifu Bulb
    • Gambar bunga tu digunakan kalau kita nak shoot macro atau close up la. Ape plak kena mengena dgn hutan?
  4. Jenama 3rd party (Tamron, Sigma, Tokina) tak bagus, cepat rosak. Gunakan brand yg original utk lens dan flash, baru tahan lama dan gambar lebih lawa- group jurufoto Facebook
    • Dlm group di facebook, group Jurufoto, ada 1 guy ni post, lens sigma dia rosak, dia tanya nak hantar repair kat mana since lens tu dah tamat warranty.
    • Then dgn confident nya ada la mamat lain reply;
      "Lain kali jgn beli 3rd party, cepat rosak. Beli brand yg original, baru la tahan lama"
    • Kalaulah 3rd party brand tu tak bagus dan cpt rosak, camne diorang boleh bertahan lama dlm industri?
    • Guna brand original, gambar lebih lawa? Ha ni sape ajar nih?
    • Setiap brand, coating lain-lain. Lawa tak lawa tu pulak subjektif pd yg melihat.
    • Andaikata saya upload 2 gambar yg sama, tp menggunakan lens yg berbeza, 1 original (Nikkor/Canon) dan 1 lg 3rd party, boleh ke dgn mata kasar anda tu, anda jwb gambar tu diambil guna lens apa? Boleh?
    • Just because anda ada bad experience dgn 3rd party brand pd 1 masa dulu, anda tak boleh buat kesimpulan mcm tu.
  5. 14MP compact camera lebih power drpd 10MP DSLR - sifu Bulb
    • Lebih power camne tu? Ce cite ce cite
    • Megapixel utk kamera compact tak boleh di compare dgn DSLR, kerana masing-masing mempunyai saiz sensor yg berbeza.
    • Sepertimana DSLR 12MP APS-C dgn DSLR 12MP Full Frame, walaupun sama-sama 12MP, tp disebabkan full frame mempunyai saiz sensor yg lebih besar, so lebih detail, tak sama dgn APS-C.
  6. Makin tinggi megapixel, gambar makin sharp
    • Fatwa ni antara yg terfeymes. Ramai berpendapat semakin tinggi MP, gambar semakin sharp.
    • MP (megapixel) hanya berperanan dlm menentukan saiz gambar.
    • Semakin tnggi MP, semakin besar saiz/resolution gambar tersebut, TAPI semakin besar tak bermakna ia semakin sharp.
    • MP yg tinggi berguna jika anda nak crop gambar tu tanpa nmpk pecah/pixellated.
    • Sharp atau tak, depends pn lens yg digunakan - focal length, bukaan aperture, serta setting dlm kamera utk sharpness.
    • Kalau guna kamera 800MP sekalipun, lps tu guna lens 50mm F1.8 pd aperture f/1.8, soft jugak gambar tu.
  7. Pro ramai guna Nikon. Canon tak bagus, sbb dia baru masuk industri kamera
    • Brand war adalah debat yg takkan setel sampai kiamat.
    • Statement yg datang drpd fanboy Nikon. Dia kata dah guna Nikon 10 tahun, sejak zmn filem lagi.
    • Then dia kata ramai pro guna Nikon sbb Canon ni baru je menceburi industri kamera.
    • SERIOUSLY?? Canon baru dlm industri kamera???
    • Ye ke pro byk guna Nikon? Semua brand sama-sama fight la. Statistik mana yg tunjuk pro byk guna Nikon, meh kasi tunjuk sama saya.
  8. Lens prime 35mm F2.8 ketinggalan zaman, tak bagus. Skrg org gunakan kitlens 18-55 - sifu Bulb
    • 35mm F2.8 tak bagus? Hoih, tu antara wide lens terhebat masa zaman full-frame analog, dgn hasil yg sgt sharp dan distortion yg sgt minimal.
    • Lps tu, bila kita nak compare something, biar ada genre. Bagus/tak bagus dari segi apa, bukan main belasah je ckp bagus/tak bagus.
    • Contoh - Lens 300mm F2.8 bagus utk sport, tp tak bagus utk shoot indoor wedding
  9. Shutter speed memainkan peranan dlm penghasilan bokeh
    • Apa plak kena mengena dgn shutter speed nih?
    • Bokeh ialah hasil drpd DOF yg sempit, yg mana disebabkan oleh aperture.

  10. Kalau lens tu takde VR/IS, gambar confirm blur sbb gegar
    • Kalau mcm tu, org-org lama yg guna lens without VR/IS tu semua gambar gegar la?
    • VR/IS tu mechanism utk MENGURANGKAN risiko gegaran, bkn MENGHILANGKAN

  11. Kamera akan cpt rosak kalau selalu tukar lens
    • Kalau fatwa ni betul, dah lama dah kamera saya jahanam.
    • Kalau kita ni jenis yg gelojoh, jgn kata tukar lens, masa tukar bateri atau memori kad tu pn boleh menyebabkan kamera rosak.
  12. Org yg gantung DSLR kat leher tu nmpk cool!
    • Premis 1: Wujud kaum Hawa yg suka tgk photographer.
    • Premis 2: Kaum Adam sukakan kaum Hawa.
    • Kesimpulan: Maka wujudlah kaum Adam yg beli DSLR semata-mata utk menampakkan diri mereka tu photographer supaya disukai oleh kaum Hawa.
      PS - aku selalu gak gantung DSLR, takde gurl approach pun :(
  13. "Gambar saya tak lawa sbb original, tak edit"
    • Biasa jwpn ni diberi oleh budak baru yg tak reti edit dan gambar tak lawa.
    • Bila org kritik/komen skit, ha tu lah jwpnnya.
    • Persoalannya, kalau edit, confirm lawa ke gambar tu?

  14. Kalau guna DSLR, gambar confirm cun!
    • Means in contrary, kalau guna kamera selain DSLR, gambar confirm tak cun la?
    • SKILL + KNOWLEDGE la bang. Sendiri mau ingat.
  15. Penggunaan filter dpt menghalang penumbuhan fungus
    • Filter - efek (CPL, ND, Color Filter), melindungi elemen hadapan lens
    • Fungus - tumbuh disebabkan kelembapan yg tinggi
    • So, mcm mana plak penumbuhan fungus yg disebabkan oleh kelembapan tu boleh dihalang dgn memakai filter yg tujuannya takde kena mengena langsung dgn kelembapan?
  16. Bokeh itu BULB - sifu bulb
    • Aku - "Bokeh tu ape eh?"
    • Sifu bulb - "Bokeh? Oh, ni bokeh" (sambil menunjukkan setting shutter speed BULB pd kamera beliau)
    • Aku - "Erk? Ye ke? Mcm langsung takde kaitan je"
    • Sifu Bulb - "Betul la bokeh tu bulb. Aku tak tau la fakulti kau ajar guna term apa, tp fakulti aku guna bulb"
  17. Kamera akan cepat rosak kalau selalu guna format RAW
    • Ni pun takleh blah gak. Meh saya story skit mcm mana penghasilan gambar itu berlaku, dari saat anda menekan shutter sampailah gambar tu disimpan dlm memori kad. Jika saya salah, tolong betulkan.
    • Setiap kali gambar diambil, originally formatnya adalah RAW (tanpa sebarang pemprosesan)
    • Kemudian, kamera akan check setting kita, sama ada kita pilih RAW atau JPEG
    • Jika kita pilih format RAW, maka gambar RAW itu tak akan diproses apa-apa, terus disimpan dlm m.kad
    • Jika kita pilih format JPEG, gambar RAW kita td akan dimasak mengikut 'ramuan' megapixel, sharpness, contrast, saturation etc etc, then disimpan dlm format JPEG di dlm m.kad
    • So technically, setiap snap, jadi ke tak jadi, OE ke UE, blur ke sharp, adalah RAW.
    • Dan dari RAW lah ia jadi JPEG. Bahan mentah (RAW) mesti wujud dulu, barulah ada makanannya (JPEG).
    • Kalaulah fatwa ni betul, means mmg kamera kita confirm akan rosaklah!
  18. Gambar Canon lebih sharp drpd Nikon (salah 1 drpd cabang Brand War)
    Awak, awak guna Canon & prime 50mm, lepas tu compare sharpness dgn Nikon & kitlens 1855, hilang akal ke apa?
    Plus, berapa sharp ko nak? Sampai luka mata tgk gambar ke?
    Dah teracun dgn Canon punya 'sharpness', dia pun jumpshiplah ke canon.
    Lepas tu bising gambar tak sharp mcm member, sbb guna kitlens je.
    Lain kali kalau nak compare, sama-sama la body APS-C/FX, guna lens yg sama, baru fight.
    Kalau korang masih nak fight mana bagus antara Nikon ke Canon ke kamera enset ke ape ke, lantak koranglah.
    Kami photographer yg bertauliah ni kerja kami senang je - we let our pictures do the talking.
  19. Lens 70-200 F2.8 lebih sharp drpd kitlens 18-55
    Ok, first of all, its a stupid comparison.
    Kitlens ialah antara lens termurah dan termudah yg kita dpt masa beli DSLR.
    While lens 70-200 F2.8 pulak adalah portrait/wildlife/sport lens yg berharga at least RM4000 (3rd party) dan RM6000 ke atas (original manufacturer).
    Range pulak tak sama: 1855 covers landscape and mid-range zoom, 70-200 pulak cover telephoto zoom.
    So, kedua-dua lens ni mmg tak boleh nak dicompare, sbb range, kegunaan, harga, semua tak sama langsung.
    2nd, komen ni berlaku pd gambar landscape. Bukan niat nak mengutuk mereka yg ada lens 70-200, tapi kalau korang rasa betul-betul hebat sgt dgn lens yg besar bagak tu, mai kita outing landscape, aku bwk kitlens, kau bwk 70-200, ok?
    Duh, kalau ye pun nak kutuk kitlens, compare la dgn lens yg sama range, mcm Tamron 17-50mm F2.8 ke, Sigma 18-50mm F2.8 ke. Ada pergi compare senapang gajah dgn pistol air.
    Tambahan: majority gambar aku diambil guna kitlens. Kalau korang rasa kitlens tak sharp, tu bkn salah kitlens, tu salah diri sendiri yg masih belum mahir dlm asas photography. Jgn asyik nak salahkan tools je. Practice makes perfect.
  20. Mode BULB boleh merosakkan lens
    A'ah, especially jika lens tu tiada VR/IS, dan itu wide lens, ia akan cpt rosak jika mode Bulb digunakan.
    WAKLUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!
    Dey, bulb tu shutter speed dlm body kamera. Apehal boleh kasi lens rosak lak?
    If sensor rosak tu mcm logik la sikit, sbb jika mode Bulb tu lama sgt, sensor boleh jadi terlalu panas, tapi kemungkinan ini sgt jarang berlaku.
  21. Guna ISO tinggi boleh buat kamera rosak
    Ish, semua benda boleh buat kamera rosak. Jgn main kamera lah!



    Sumber: Ejad Foto