THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Kehidupan UmPama Roda Yang bergolek

Tuesday, May 31, 2011

jangan mudah mengalah...

Saya adalah seorang mahasiswa. Pernah hidup bahagia selama beberapa tahun bersama keluarga. Setelah ayah meninggal dunia, dan setelah ibu habis iddah-nya dia menikah lagi dengan lelaki lain. Selama dua tahun saya hidup bersama ibu dan suaminya. Kemudiannya saya diusir dari rumahnya. Maka saya keluar dari rumah itu dengan tidak lagi berayah dan beribu yang meyanyangi saya. Saya sudah tidak mengetahui keluarga saya lagi. Maka bolehkah saya bunuh diri? Haruskah saya bersabar? Atau apa yang seharusnya saya lakukan?

Jawapan Dr.Yusuf Al Qaradawi :

Wahai anakku, tidak ada lagi sikap lain yang harus engkau lakukan kecuali bersabar sebagaimana Allah memerintahkan kepada kita untuk memohon pertolongan-nya dengan sabar dan melaksanakan solat pada saat menghadapi kesulitan. Firman Allah Taala bermaksud,"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar". (Al Baqarah:153)

Maka sabar itu adalah kunci kegembiraan, insya Allah.

Oleh kerana itu, seorang Muslim harus menghadapi kehidupan ini dengan hati yang tabah, jiwa yang kuat dan kemahuan penuh tekad. Dan hendaknya sikap itu lebih kuat daripada peristiwa-peristiwa kehidupan itu sendiri, dengan bertawakal kepada Allah, berpegang teguh dengan tali-Nya dan percaya kepada-Nya bahawa kehidupan esok adalah milk-Nya bahawa setelah malam berlalu pasti terbit fajar, begitulah juga di samping kesulitan pasti ada kemudahan selepasnya. Adalah mustahil bahawa suatu kondisi akan sentiasa tetap an tidak berubah. Kita banyak mengetahui dari sejarah bahawa banyak orang yang pada awal kehidupannya mengalami pahit maung penderitaan dan kesusahan. Begitulah juga yang Allah kurniakan kehidupan sebilangan besarnya para Nabi yang hidup menderita sejak kecil, sehingga kita tidak pernah melihat seorang Nabi yang dilahirkan penuh dengan kenikmatan dan kemewahan, disuapi mulutnya dengan sudu bertatahkan emas.

Majoriti para Nabi dilahirkan dalam pangkuan kepayahan. Nabi Musa alaihissalam setelah dilahirkan terus dihanyutkan ke sungai atas perintah Allah Taala sebagaimana firman-Nya bermaksud,"Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa; Susukanlah dia, dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun) maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang, jangan pula berdukacita..." (Al Qasas:7)

Nabi Yusuf pula yang dapat kita semak kisahnya dalam Al Quran, kita akan ketahui bagaimana beliau menelan penderitaan sejak kecil. Saudara kandungnya merasa dengki kepadanya, lalu mereka merancang untuk membunuh dan melenyapkan Yusuf. Mereka menolak Yusuf ke sebuah perigi buta, Baginda kemudiannya diambil oleh saudagar yang diniagakan sebagai hamba ibarat jual-beli haiwan ternakan. Yusuf kemudiannya diperlakukan seperti seorang pelayan di sebuah teratak mewah, lalu dituduh melakukan perbuatan keji sebagaimana penjenayah dan dimasukkan ke dalam penjara selama beberapa tahun seperti tahanan yang dilakukan terhadap banduan-banduan yang lain.

Tetapi kemudian apa yang berlaku? Setelah mengalami ujian dan penderitaan, Allah memberikan kedudukannya yang kukuh di muka bumi, Baginda menjawat jawatan bendahara di Mesir, titahnya dilaksanakan, ditangannya terletak segala urusan perbendaharaan dan ekonomi ditentukan ketika musin kemarau yang panjang melanda di wilayah Timur Tengah.

Semua ini berkaita rapat dengan firman Allah Taala yang bermaksud,"...Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan" (Yusuf:90)

Taqwa dan sabar merupakan kunci pertolongan dan jalan kejayaan di dunia dan akhirat. Sedangkan bunuh diri bukanlah wawasan dan gagasan yang ada pada diri seorang Muslim.

Sangatlah disesalkan, banyak drama yang dibintangi oleh selebriti yang didewakan khalayak hari ini yang kebanyakan aktor-nya mengakhiri hidup dengan bunuh diri. Seakan-akan sudah tidak ada lagi jalan bagi manusia untuk melepaskan diri dari lilitan penderitaan dan beban kehidupan dunia ini.

Hal ini tidak boleh dilakukan sama sekali kerana roh manusia itu bukan miliknya, tetapi milik Allah Taala. Kerana itu ia tidak boleh mengabaikan nasihat dan amanat ini dan tidak boleh memisahkan kesempitan hidup dengan cara membunuh diri.

Bunuh diri merupakan dosa yang sangat besar, yang hampir mendekati dosa kekafiran - semoga Allah melindungi kita dari perbuatan ini - kerana perbuatan membunuh diri merupakan sikap putus asa terhadap rahmat Allah. Firman-Nya yang bermaksud,"...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Yusuf:87)

Saya memesan kepada saudara agar bersabar dan tabah hati serta berkemahuan kuat dengan iman yang kukuh agar dapat melewati segala rintangan dan hambatan, dan jangan menghiraukan segala kesulitan dan penderitaan dalam kehidupan.

Mudah-mudahan Allah akan sentiasa menerbitkan fajar kerana fajar tidak akan menyingsing sebelum melewati malam yang gelap gelita. Ia pasti datang insya Allah dan tidak diragukan lagi. Hendaklah saudara menyongsong pahit manis kehidupan dengan kesabaran. Semoga Allah memberikan pertolongan dan membimbing langkah saudara. Dan moga-moga ada di tengah-tengah masyarakat ini orang yang mahu memperhatikan dan memelihara saudara, kerana di antara amalan yang paling mulia ialah menyayangi anak yatim dan berbuat baik kepadanya. Dan sebaik-baik rumah adalah yang ada di dalamnya anak yatim dan mereka dipelihara dengan penuh kasih-sayang.

2 comments:

normaidayu zainal said...

innallah ha maassabirin...Allah sntiasa bersama org2 yang sabar...
salam ziarah..

~feez~ said...

i.allah...moga2 kita sebagai hambanya,tidak mudah putus asa dengan cabaran dan dugaan allah kerna semua itu merupakan satu coretan dalam hiduo kita untuk mematangkan pemikiran dan menabahkan hati setiap insan..