Untukmu Adam dan Hawa..
Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.
Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.
Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.
Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.
Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.
Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam
Saturday, October 29, 2011
Untuk Si Adam dan HaWa
Posted by ~feez~ at 1:58 AM 2 comments
Labels: ~HaFiziE~
SepuLuh ZulHijjAh
BisMillaH..
salam skung da masuk bulan zulhijjah kan???
so elok lah banyakkkan amalan seharian kita..:)
“A’uzubillahiminassyaitanirraj
“Demi fajar dan demi malam yang sepuluh”. [Al-Fajr: 1-2]
Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan
kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah
jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut
?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan
jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada
daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai
Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir
maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan
puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700
kali ganda. (HR Al-Baihaqi)
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari
Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun
dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah
Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9
Zulhijjah)." (Sahih Muslim)
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari
ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg
berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)
* * *
di sini saya ingin mencadangkan beberaa pekara yang boleh dilakukan secara individu atau
bersama teman serumah untuk merebut peluang 10 awal zulhijjah.
1) Target untuk khatam 1 quran penuh dalam tempoh 10 hari tu. So perlu berusaha untuk
menghabiskan 3 juzuk sehari. (kalau baca tanpa suara iA dalam 30 minit boleh setel 1
juzuk).
2) Solat pada awal waktu. Pelihara solat jemaah.Kempen anti masbuk :D
3) Tunaikan 5 solat sunat- solat sunat dhuha, solat sunat witir, solat sunat selepas wudhu',
solat sunat rawatib dan solat sunaat Jumaat (perempuan hukumnya sunat, kalau lelaki
memang wajib lah kan)
4) Share artikel tentang kelebihan 10 awal zulhijjah di facebook/blog/tumblr/mana-mana
laman sosial. Sampaikan tazkirah tentang kelebihan 10 awal zulhijjah di kelas/rumah/di
mana-mana yang masuk akal. Sebarkanlah melalui apa-apa sahaja medium yang mampu
anda fikirkan.
5) Hidupkan 3 jam yang utama. 2 jam dari waktu sebelum subuh terus beriktikaf di tempat
solat sehingga naik matahari dan 1 jam waktu maghrib-isya'.
Arafah (9Zulhijjah).
“(Puasa Arafah akan) menghapus dosa-dosa kecil setahun yang lalu dan setahun yang akan
datang.” (HR. Muslim no. 1162)
7) Lazimi lidah dan hati dengan zikir. Perbanyakkan menyebut kalimah 'Lailahaillah
walhamdulillah wallahuakbar'.
وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ
“…Supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan..” (QS. Al
Hajj: 28)
8) Jamu orang ketika berbuka puasa.Berbuka puasa besar-besaran bersama jiran/komuniti
masyarakat Muslim di tempat anda.
9) Lakukan korban jika berkemampuan, perbanyakkan sedekah dan jangan lupakan hak-hak
orang fakir ke atas harta kita.
10) Rebut peluang untuk melakukan apa-apa jua kebaikan.
Marilah kita sama-sama mengikat keazaman untuk meneroka 10 hari zulhijjah dengan
sepenuh usaha, dalam ketaatan kepada Allah. Berjanji setialah dengan teman baik anda
untuk saling berlumba dalam menghidupkan 10 awal Zulhijjah.
boleyh dengar ceramah ini...
bukan setakat dengar..
i.allah amalnya sekali...
sila klick disini untuk ceramah berkenaan perkara ini
selamat beramal.
kullu sanah wa antum toyyibin ;)
Posted by ~feez~ at 1:53 AM 0 comments
Labels: ~HaFiziE~
Monday, October 24, 2011
~..::.MenGisi RuaNgan KoSonG Hati PaRt 3..::.~
Assalamualaaikum...hmm...pertama sekali nak mintak maaf lah sebab lambat untuk mengupdate blog ini...bersepah habu(fuh3 sambel tiup habuk)den mula sibuk(sibuk dengn movie and latihan pertahanan ^_^).....di permudahkan cerita,part yang ketiga tuh,asal-asalnya den nak buat masa dok kat sana.t..dok sana best,,,tapi tak pa.saya akn share jgk gmbr2 yang best tentang madinah dan mekah...
Tapi,yang pasal perjalanan balik kami,i.allahpost selepas ini,yakni selepas gmbar-gambar mekah dan madinah...kawan-kawan sekalian,take a look the most beautiful place in the world below,its haramain(2 tahan suci):-
Ka'bah yang berdiri megah di Masjidil Haram..
kelihatan berpuluhan ribu manusia mengilingi Ka'bah pada satu masa...
Menara jam.(gambar ini di tangkap selepas tarawikh dengan syekh mahir di atas bumbung masjid haram)
banyakkan manusia???
ok cuba teka sebelah kiri pak guard tuh menda apa???
hmm.....
itulah hajarul aswad...
batu yang diturukkan oleyh allah dari syurga...
Alhamdulilah,dalam banyak2 porang aku dipilih jua untuk cium hajarulaswad
dalam sebuah hadis rassullah,rasullulah bersabda,barang sesiapa yang menentuh rukun yamani dan hajarulaswad,maka akn diampunkan segala dosa ke atasnya..^_^..
tapi nk dapat cium memerlukan kesabaran yang cukup maksimum dan niat yang ikhlas...
bukan dengan niat untuk dapat hajarulaswad dengan mati-matian..
suasa Ka'bah sewaktu pukul 2 pagi kalau tak silap..
oerkarangan luar masjid haram jika keluar dari pintu yang berdekatan dengan babussalam(masjidil haram)
satu malam boleyh cecah 1K Riyal...
ada berani???heheheh...
Pagi syawal dalam rumah sewa...T_T
terkejuts tak agak2...~_#
asalnya dari belah2 hindustand kowt..isyh segak lah(sebab dya budak yg berani puji nih)
hehe..dapat gak bergambar dengan budak2 nih,,,silap x dukung budak kecik tuh..
teka apa ini????
pada 1 sywal hari tuh,diorang buat jamuan..
tapi jamua berbayar lah...satu kepala 70 riyal...
balun cukup2 sampai penuh tank perut..hahah..
bergambar bersama pelajar2 jordan...
disini dikatakan tempat pertemuah ada dan hawa..
so,orang tua2 lah kata klu nk doa pasal jodoh tempat nih bagus..
tapi bg aku dekat mumtazam lagi bagus...
tapi x salahkan mencuba...hehehe
3 botak sedang berdoa...
onta berhias...hehehe
Ok,setakat itulah dulu,,dan part yang terakhir i.allah akan menyusul selepas ini...assalamualaikum(jawab jangan x jawab)
Posted by ~feez~ at 3:19 PM 0 comments
Labels: bingkisan sejarah~