BisMillaH..
salam skung da masuk bulan zulhijjah kan???
so elok lah banyakkkan amalan seharian kita..:)
“A’uzubillahiminassyaitanirraj
“Demi fajar dan demi malam yang sepuluh”. [Al-Fajr: 1-2]
Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan
kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah
jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut
?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan
jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada
daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai
Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir
maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan
puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700
kali ganda. (HR Al-Baihaqi)
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari
Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun
dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah
Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9
Zulhijjah)." (Sahih Muslim)
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari
ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg
berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)
* * *
di sini saya ingin mencadangkan beberaa pekara yang boleh dilakukan secara individu atau
bersama teman serumah untuk merebut peluang 10 awal zulhijjah.
1) Target untuk khatam 1 quran penuh dalam tempoh 10 hari tu. So perlu berusaha untuk
menghabiskan 3 juzuk sehari. (kalau baca tanpa suara iA dalam 30 minit boleh setel 1
juzuk).
2) Solat pada awal waktu. Pelihara solat jemaah.Kempen anti masbuk :D
3) Tunaikan 5 solat sunat- solat sunat dhuha, solat sunat witir, solat sunat selepas wudhu',
solat sunat rawatib dan solat sunaat Jumaat (perempuan hukumnya sunat, kalau lelaki
memang wajib lah kan)
4) Share artikel tentang kelebihan 10 awal zulhijjah di facebook/blog/tumblr/mana-mana
laman sosial. Sampaikan tazkirah tentang kelebihan 10 awal zulhijjah di kelas/rumah/di
mana-mana yang masuk akal. Sebarkanlah melalui apa-apa sahaja medium yang mampu
anda fikirkan.
5) Hidupkan 3 jam yang utama. 2 jam dari waktu sebelum subuh terus beriktikaf di tempat
solat sehingga naik matahari dan 1 jam waktu maghrib-isya'.
Arafah (9Zulhijjah).
“(Puasa Arafah akan) menghapus dosa-dosa kecil setahun yang lalu dan setahun yang akan
datang.” (HR. Muslim no. 1162)
7) Lazimi lidah dan hati dengan zikir. Perbanyakkan menyebut kalimah 'Lailahaillah
walhamdulillah wallahuakbar'.
وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ
“…Supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan..” (QS. Al
Hajj: 28)
8) Jamu orang ketika berbuka puasa.Berbuka puasa besar-besaran bersama jiran/komuniti
masyarakat Muslim di tempat anda.
9) Lakukan korban jika berkemampuan, perbanyakkan sedekah dan jangan lupakan hak-hak
orang fakir ke atas harta kita.
10) Rebut peluang untuk melakukan apa-apa jua kebaikan.
Marilah kita sama-sama mengikat keazaman untuk meneroka 10 hari zulhijjah dengan
sepenuh usaha, dalam ketaatan kepada Allah. Berjanji setialah dengan teman baik anda
untuk saling berlumba dalam menghidupkan 10 awal Zulhijjah.
boleyh dengar ceramah ini...
bukan setakat dengar..
i.allah amalnya sekali...
sila klick disini untuk ceramah berkenaan perkara ini
selamat beramal.
kullu sanah wa antum toyyibin ;)
0 comments:
Post a Comment